Home » Citra Yadim » Lawatan dan kunjung hormat ke IKTBN Alor Gajah

Lawatan dan kunjung hormat ke IKTBN Alor Gajah

ALOR GAJAH – Sebagai usaha meluaskan jaringan perhubungan dan jalinan dakwah, Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 6 Ogos 2020 telah melakukan kunjungan ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah di sini.

Mewakili YADIM dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah KEMUDA, Shahrizal Mat, Penolong Pengarahnya, Muhammad Muzzammil Musbah dan Penyelaras YADIM Melaka, Muzafar Ab Rahim.

Ketibaan YADIM telah disambut serta dialu alukan oleh Pengarah IKTBN Alor Gajah, Syamsul Tahrin Mohd Tahir dan Timbalannya, Shahrul Naimah Zulkifli.

Antara yang dibincangkan ketika kunjungan ini termasuklah penubuhan Rakan Belia YADIM, cadangan kerjasama program serta peluang peluang penyebaran dakwah yang boleh dilakukan secara bersama melibatkan kedua pihak.

Sebelum ini, KEMUDA telah melakukan kunjungan dengan tujuan yang sama ke IKBN Kuala Langat dan IKTBN Dusun Tua serta beberapa instusi belia yang lain.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *