Home » Langit Terbuka » Lelaki beruniform ditahan minum arak

Lelaki beruniform ditahan minum arak

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota beruniform yang asyik menikmati minuman keras bersama dua rakannya memberi alasan sedang membuat penyamaran menangkap individu yang minum arak ketika ditahan penguatkuasa Jabatan Hal Agama Islam Terengganu (JHEAT) di sebuah restoran di Kampung Ladang, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, lelaki berusia 40-an itu ditahan bersama dua rakannya dalam operasi yang dijalankan hasil risikan dan maklumat awam berhubung aktiviti tidak sihat membabitkan kaki minum beragama Islam.

Menurut sumber, tiga lelaki beragama Islam termasuk anggota beruniform itu sedang asyik meneguk arak bersama empat botol minuman keras berjenama sehingga tidak menyedari kehadiran penguatkuasa.

Katanya, ketika soal siasat, anggota terbabit mendakwa datang ke restoran itu kerana membuat penyamaran bagi menangkap orang Islam yang minum arak sedangkan hampir separuh botol minuman keras yang ada ditangannya sudah diminum.

“Malah, seorang daripada dua lelaki yang ditahan bersama anggota beruniform itu pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan sama.

“Siasatan mendapati restoran milik bukan Islam itu sering dikunjungi kaki minum beragama Islam untuk melepaskan gian minum arak dan menjadi pusat karaoke bagi kumpulan berkenaan.

“Tiga lelaki terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 23(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan penahanan tiga lelaki terbabit.

Katanya, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan akan mempertingkatkan operasi minum minuman keras membabitkan golongan Islam. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *