Home » Langit Terbuka » 27 jemaah maut dibom dalam masjid

27 jemaah maut dibom dalam masjid

Pengebom menyerang pasar dan masjid pada Selasa di Mubi, Nigeria yang membunuh sekurang-kurangnya 27 orang. Foto : EPA, via Shutterstock

NIGERIA – Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan 56 lagi cedera dalam insiden pengebom berani mati di bandar Mubi.

Kejadian itu berlaku di dalam dan sekitar masjid semasa para jemaah sedang bersiap-sedia untuk menunaikan solat.

Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu tetapi kumpulan pengganas Boko Haram telah melancarkan beberapa siri serangan di Mubi.

Boko haram telah melancarkan kempen keganasan sejak 2009 dalam usaha untuk mewujudkan negara Islam di utara Nigeria.

Keganasan itu telah mengakibatkan kira-kira 20,000 orang terbunuh dan menyebabkan lebih dua juta penduduk kehilangan tempat tinggal. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Kerajaan saring individu sampaikan ajaran Islam

KUALA LUMPUR – Kerajaan melaksanakan saringan terhadap individu yang akan menyampaikan ajaran Islam di negara ini bagi mengekang penyebaran liberalisme yang berselindung

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *