Home » Langit Terbuka » Lelaki Islam ditumbuk di perkarangan masjid di Australia

Lelaki Islam ditumbuk di perkarangan masjid di Australia

ADELAIDE 23 Dis – Sebuah masjid di Australia telah menyiarkan satu video yang mengejutkan, menunjukkan seorang lelaki Islam telah ditumbuk di perkarangan masjid berkenaan oleh seorang pelawat yang bertanyakan soalan mengenai Islam.

Serangan itu berlaku pada hari petang Jumaat lepas, ketika pelawat itu memasuki perkarangan Masjid Marion di barat daya Adelaide.

Rakaman litar tertutup menunjukkan kedua-dua lelaki itu berbual sebelum salah seorang daripada mereka tiba-tiba menumbuk mangsa sebelum berlalu pergi.

Presiden Persatuan Islam Australia Selatan, Ahmad Zreika berkata, serangan itu bukan berpunca daripada provokasi.

“Lelaki itu masuk ke kawasan masjid dan bertanyakan soalan-soalan berbentuk am mengenai Islam,’’ katanya

“Kemudan, dia mula bertanyakan mengenai isu-isu politik, dan mangsa menyatakan beliau tidak mempunyai maklumat mengenai isu berkenaan.

“Lelaki itu kemudiannya menyatakan `awak seharusnya mempunyai pendapat sendiri’ dan terus menumbuk mangsa,’’

Zreika berkata, kejadian itu bukanlah yang pertama berlaku di masjid berkenaan, tetapi menjelaskan hubungan mereka dengan komuniti di situ adalah baik.

“Kejadian ini tidak akan menyebabkan kami menutup pintu kepada para pelawat,’’ katanya.

Beliau berkata, kejadian itu adalah sangat menyedihkan dan diharapkan ia tidak akan berulang tetapi pihaknya mahu terus membenarkan pelawat datang dan mewujudkan suasana lebih inklusif dan interaktif dengan komuniti.

Jurucakap polis berkata, “Polis sedang menyiasat serangan itu kejadian itu yang berlaku pada pukul 9.30 p.m. dan berdasarkan laporan mangsa telah ditumbuk di muka dan mengalami kecederaan.

“Mangsa telah dirawat di tempat kejadian oleh anggota paramedik. Mangsa tidak mengenai suspek dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti individu berkenaan,’’ katanya. – Dailymail

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *