Home » Langit Terbuka » Warga Malaysia ditahan di Pakistan cuba seludup senjata

Warga Malaysia ditahan di Pakistan cuba seludup senjata

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi di Pakistan hari ini dipercayai cuba menyeludup keluar senjata api dari negara itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai penahanan lelaki berusia 20 tahun yang berasal dari Kuching, Sarawak itu.

“Berdasarkan maklumat awal, kami sahkan yang lelaki warga Malaysia telah ditahan di Pakistan.

“Pihak polis akan berhubung dengan pihak berkuasa di Pakistan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Media antarabangsa hari ini melaporkan pihak berkuasa negara itu menemui senjata api dan peluru selepas menjalankan pemeriksaan terhadap lelaki tersebut yang dikatakan mahu menaiki penerbangan ke Bangkok, Thailand.

Gambar lelaki berkenaan yang ditahan di lapangan terbang itu serta pasport miliknya kini tersebar di laman sosial hari ini.

-Bernama

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *