Home » Citra Yadim » Lelaki lumpuh tinggal dalam timbunan sampah dibantu YADIM Kelantan

Lelaki lumpuh tinggal dalam timbunan sampah dibantu YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Lumpuh sebelah kiri badan dan terpaksa hidup dalam timbunan sampah.

Demikian kisah hidup Mohd Wardi Mustafa, 57, di sini yang terpaksa menjalani kehidupan berkenaan sejak lapan tahun lalu.

Menurut bekas mekanik ini,  hidupnya berubah selepas ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan ke Rantau Panjang ketika itu.

Sejak daripada itu Mohd Wardi mengalami kesukaran bergerak dan untuk menguruskan dirinya. Namun kerana tidak mahu menyusahkan ibu dan keluarga, dia memilih untuk tinggal bersendirian berdekatan mereka.

Prihatin dengan keadaan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 17 April hadir ke kediaman lelaki ini bagi menghulurkan bantuan.

Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban Mohd Wardi.

YADIM Kelantan juga jelas Mahadi merancang untuk mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kediamannya dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *