Home » Citra Yadim » Wanita alami penyakit saluran makanan sempit terima bantuan YADIM Kelantan.

Wanita alami penyakit saluran makanan sempit terima bantuan YADIM Kelantan.

KUBANG KERIAN – Selain ziarah asnaf lumpuh di Kota Bharu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan juga menyantuni seorang lagi asnaf yang memerlukan di Kampung Bunut Payung di sini pada 17 Januari.

Zarina Salleh, 56 tahun kini menumpang di rumah ibunya.
Wanita ini mengalami penyakit saluran makanan yang terlalu sempit.

Akibatnya, ibu kepada tiga orang anak ini hanya boleh minum susu khas sahaja untuk mengalas perutnya.

Suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah terpaksa berhenti kerana mempunyai penyakit saraf.

Bagi meringankan bebannya YADIM Kelantan telah tampil menghulurkan bantuan barangan keperluan harian.

Mewakili YADIM menyampaikan sumbangan ialah Pengarahnya Haji Mahadi Awang.

Turut hadir membantu melancarkan program ialah bekas penghulu kawasan kampung ini.

Program ini merupakan sebahagian pengisian Ihya’ Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *