Home » Langit Terbuka » Liga Arab selar keputusan Moldova pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Liga Arab selar keputusan Moldova pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Liga Arab sepakat keputusan memindahkan mana mana kedutaan ke Baitulmaqdis adalah ancaman terbuka kepada rakyat Palestin. - Foto Al Araby

ANKARA – Liga Arab pada Rabu mengutuk keputusan Moldova untuk memindahkan kedutaannya di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan yang dikeluarkan liga itu.

“Langkah itu merupakan satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan resolusi berkaitan legitimasi antarabangsa,” menurut kenyataan akhbar liga itu.

Ia berkata keputusan itu adalah ancaman terbuka kepada rakyat Palestin.

Ia menggesa kerajaan Moldova mengubah tingkah lakunya, yang boleh mendatangkan kesan negatif terhadap sistem perundangan antarabangsa serta hubungan dengan negara-negara Arab.

Israel telah berusaha menyakinkan negara di seluruh dunia untuk memindahkan misi mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Setakat ini, hanya Amerika Syarikat dan Guatemala yang telah memindahkan kedutaan mereka. – Anadolu

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *