Home » Langit Terbuka » LPF tak endah amaran Disney, aksi songsang mesti dipotong

LPF tak endah amaran Disney, aksi songsang mesti dipotong

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF), Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, keputusan memotong babak berunsur homoseksual dalam filem terbitan Disney iaitu Beauty and the Beast adalah muktamad.

Katanya, negara ini mempunyai undang-undang dan mereka perlu mematuhi bagi menjaga keharmonian dan sensitiviti masyarakat, lapor Harian Metro.

Sebelum ini media antarabangsa melaporkan bahawa Disnes akan menarik balik tayangan filem berkenaan di negara ini sekiranya LPF memotong babak berunsur homeseksual yang berdurasi empat minit itu.

Abdul Halim berkata, filem lakonan Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans dan Josh Gad itu sudah pun diluluskan tetapi babak berkenaan perlu dipotong.

Justeru katanya, pihak pengedar boleh membuat rayuan dengan Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) jika mahu filem itu ditayangkan di sini.

Katanya lagi, LPF akan mengadakan mesyuarat sebelum membuat keputusan untuk menayangkan filem itu atau tidak.- www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *