Home » Langit Terbuka » Luahan kesyukuran

Luahan kesyukuran

ORANG berbudi kita berbahasa. Begitu prinsip aktor Harun Hashim apabila mengenang dirinya yang tiada apa-apa boleh diberi peluang menunaikan umrah, sekali gus meningkatkan ibadahnya pada Yang Maha Esa.

Sebagai insan seni, Harun berpegang pada falsafah faham, rasa dan keluar.

“Saya faham apabila nama tersenarai sebagai jemaah penggiat seni, saya rasa ia begitu menyentuh jiwa lalu saya keluar (meluahkan) apa yang saya faham dan rasa itu untuk mengucapkan terima kasih pada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang mencetuskan idea ini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih pada Yayasan Perdana Ummah (YPU) yang merealisasikan impian Perdana Menteri kita ini,” katanya.

Apa yang Harun faham dan rasa itu diterjemahkan sewaktu rambutnya digunting selepas tahalul sebaik selesai melaksanakan umrah pertama pada hari pertama tiba di Makkah dari Madinah.

Lebih menarik, sewaktu Harun meluahkan kata-kata ‘Terima Kasih PM’ dan ‘Selamatkanlah PM’, kalangan sembilan tukang gunting rambut warga Pakistan turut mengaminkannya.

“Saya bukan orang politik, saya pelakon dan falsafah saya sebagai pelakon mesti jujur untuk membawakan sesuatu watak itu.

“Kita sebagai orang Islam harus sedar program umrah penggiat seni panggilan Allah. Kami yang terpilih ini sudah dipilih Allah.

“Ramai orang kaya atau jutawan, tetapi jika Allah tidak panggil mereka ke Baitullah ini, tidaklah mereka ke Tanah Suci ini,” katanya.

Selain YPU, program umrah penggiat seni itu mendapat kerjasama daripada Yayasan Mustika Kasih (YMK) dan Pejabat Penasihat Perdana Menteri.

Pelepasan penggiat seni untuk menunaikan umrah pada 26 Januari lalu disempurnakan Penasihat Perdana Menteri Profesor Datuk Seri Khairil Annas Jusoh. – HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *