Home » Langit Terbuka » LZS lancar ‘Kempen Kongsi Rezeki dengan Zakat’ galak umat Islam tunai kewajipan

LZS lancar ‘Kempen Kongsi Rezeki dengan Zakat’ galak umat Islam tunai kewajipan

Mohd Sabirin berkata, kempen itu bertujuan mengajak mereka yang layak menunaikan kewajipan zakat bersama-sama LZS bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan ‘Kempen Kongsi Rezeki dengan Zakat’ bermula semalam hingga 31 Dis ini, sebagai galakan dan seruan kepada umat Islam khususnya di Selangor untuk menyegerakan kewajipan zakat sebelum berakhir 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, kempen yang membawa tema ‘Sedikit Bagi Anda, Segalanya Buat Mereka’ itu bertujuan mengajak mereka yang layak menunaikan kewajipan zakat bersama-sama LZS bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan.
“Menerusi kempen ini, masyarakat Islam dapat berkongsi rezeki zakat dengan golongan asnaf di Selangor agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam cabaran ekonomi pada masa ini, seterusnya membangunkan diri serta keluarga.
“Sehingga kini, LZS menyantuni lebih 68,000 keluarga asnaf fakir, miskin dan individu mualaf di Selangor,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen berkenaan di Ibu Pejabat LZS, di sini, pada Isnin.
Mohd Sabirin berkata, pihaknya turut mengajak masyarakat untuk menyertai kempen-kempen inisiatif galakan kepada pengeluar zakat dengan menawarkan pelbagai tawaran hadiah menarik bernilai lebih RM60,000 sempena kempen itu.
Beliau berkata, antara inisiatif yang ditawarkan adalah menerusi kempen ‘Zakat Online On X On’ khusus kepada pengeluar zakat yang membuat bayaran zakat menerusi ezakatpay di fpx.zakatselangor.com.my dan kempen ‘Auto Kan Senang’ terbuka kepada individu, peniaga serta syarikat yang mula mendaftar pembayaran zakat secara bulanan menerusi platform debit langsung.
Maklumat lanjut berhubung kempen tersebut boleh didapati dengan melayari jom.zakatselangor.com.my atau melalui media sosial rasmi LZS, katanya.
Sementara itu, Mohd Sabirin berkata, lebih RM735 juta jumlah kutipan zakat melibatkan 321,000 pengeluar di Selangor berjaya dikutip setakat Oktober lepas.
Dalam majlis sama, tiga syarikat korporat menyerahkan zakat perniagaan dengan jumlah keseluruhan RM252,971.59 melibatkan PWN Exvellence Sdn Bhd dengan jumlah zakat yang dikeluarkan sebanyak RM136,572.34, diikuti Agrobank Berhad (RM106,323.27) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (RM10,075.98) .
Sementara itu, LZS turut menyampaikan bantuan zakat berjumlah RM17,660,556 antaranya bantuan pembinaan rumah baharu, baik pulih rumah dan bantuan perubatan bagi menjalani pembedahan. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *