Home » Langit Terbuka » Maaf atas salah faham, kata Zakir

Maaf atas salah faham, kata Zakir

Dr Zakir berkata, bukan niatnya untuk mengecewakan mana-mana individu atau komuniti, ia bertentangan dengan prinsip asas Islam, dan beliau memohon maaf atas salah faham yang timbul. - Foto The Star

PETALING JAYA – Selepas selesai memberi keterangan kali kedua di Bukit Aman malam tadi (19 Ogos), Dr Zakir Naik meminta maaf atas sebarang salah faham berhubung kenyataannya, sambil menambah ia dipetik di luar konteks.

Dalam satu kenyataan, Zakir yang memberi keterangan selama 10 jam di ibu pejabat polis persekutuan, berkata beliau sentiasa menjadi orang yang cintakan keamanan.

“Ia menyedihkan saya bahawa seluruh episod ini menyebabkan ramai orang bukan Islam berfikir saya seorang yang rasis.

“Ia juga membimbangkan saya kerana pihak yang terluka tidak mendengar ucapan saya tetapi berdasarkan tanggapan mereka melalui petikan luar konteks. Itu adalah penyebab kebimbangan kepada saya kerana ia memberi imej bahaya kepada Islam dan menyebabkan orang ramai menjauhinya,” katanya.

Zakir didakwa menimbulkan keraguan terhadap kesetiaan masyarakat Hindu di Malaysia, dan turut mempersoalkan kedudukan masyarakat Cina di negara ini dalam beberapa ucapan di Kelantan.

Beliau disoal siasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menghina dan menggugat ketenteraman awam, selepas polis menerima 115 laporan terhadapnya.

Katanya, walaupun beliau memberi keterangan kepada polis, beliau merasa bersalah terhadap semua pihak yang terluka kerana “salah faham ini”.

“Ia bukan niat saya untuk mengecewakan mana-mana individu atau komuniti. Ia bertentangan dengan prinsip asas Islam, dan saya ingin memohon maaf atas salah faham ini.”

Beliau juga menggesa orang ramai, terutama orang bukan Islam mendengar ucapannya secara keseluruhan.

Pendakwah yang mempunyai status pemastautin tetap di Malaysia, dikehendaki di India sejak 2016 berhubung siasatan pengubahan wang haram dan menghasut ekstremisme melalui ucapan kebencian.

Bagaimanapun, beliau enggan pulang ke India, mengatakan beliau tidak akan diberikan perbicaraan yang adil. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *