Home » Langit Terbuka » Polis tahan suspek bakar masjid di Padang Terap

Polis tahan suspek bakar masjid di Padang Terap

Anggota Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan analisis di kawasan mimbar dan permaidani masjid yang terbakar. - Foto NSTP

ALOR SETAR – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran membabitkan mimbar dan permaidani Masjid Padang Setol dekat Padang Terap, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Noh Idris berkata, lelaki tempatan berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira 3 petang di Kampung Tanjung Pedu di daerah sama.

“Semakan awal mendapati suspek memiliki 2 rekod jenayah berkaitan khianat serta judi dan kita ada bukti kukuh yang boleh mengaitkan suspek dengan jenayah khianat terhadap pusat ibadat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini (20 Ogo).

Katanya, polis akan menjalankan siasatan bagi mengetahui motif kejadian dan menasihatkan orang ramai tidak membuat pelbagai andaian yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Hoh berkata dalam kejadian kira-kira 5.40 pagi semalam, seorang jemaah yang hendak menunaikan solat subuh terkejut apabila mendapati kesan kebakaran pada bahagian mimbar dan permaidani masjid itu dan kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis.

Beliau berkata kejadian seumpama itu merupakan kali ke-4 berlaku di beberapa masjid di negeri ini iaitu di Masjid Kampung Rambai dan Masjid Pendang di daerah Pendang dan sebuah lagi di Masjid Tok Keling.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *