Home » YADIM MADANI » Madani Care Ziarah Harmoni Warga Tiong Hua Daerah Dungun

Madani Care Ziarah Harmoni Warga Tiong Hua Daerah Dungun

DALAM Kesibukan mengatur aktiviti sempena Ramadan, YADIM Terengganu tidak melupakan rakan-rakan warga Tiong Hua yang menyambut Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Menerusi program Madani Care Ziarah Harmoni Warga Tiong Hua Daerah Dungun pada 8 Mac, YADIM Terengganu telah mengadakan sumbangan barangan keperluan asas dan Ang Pau kepada seramai 50 orang penduduk yang melibatkan lima Kawasan Rukun Tetangga (KRT) iaitu KRT Kuala Dungun, KRT Kampung Batu 6, KRT Kampung Batu 5, KRT Jalan Kenanga dan KRT Kampung Sura Gate di Dewan Terbuka Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa, Kuala Dungun.
Selain itu, aktiviti ziarah telah turut diadakan kepada dua buah rumah yang terpilih iaitu di Kuala Dungun dan Kampung Seberang Pintasan.
Program Madani Care dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Dungun, yang diwakili oleh Encik Mohd Farid Mohammad @ Omar. Turut hadir Penolong Pegawai Penyelia Zon Sura, Pengerusi KRT Kuala Dungun iaitu Encik Chong Yep Kin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Sungai Penaga.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *