Home » Langit Terbuka » Mahasiswa kesempitan boleh mohon bantuan zakat

Mahasiswa kesempitan boleh mohon bantuan zakat

Tiada masalah untuk mahasiswa memohon bantuan zakat jika kesempitan kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Foto NSTP

BANGI – Pelajar universiti yang mengalami kesempitan hidup boleh memohon bantuan zakat bagi mengurangkan beban kewangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Malah, katanya, ketika ini pun sudah ramai mahasiswa yang menerima bantuan itu.

“Mahasiswa boleh memohon (bantuan zakat)… tidak ada masalah. Kita akan melihat keperluan mereka,” katanya kepada media selepas menghadiri program Nadwah Kepimpinan Mahasiswa Rahmah (NADI) 2019 di sini.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, pihaknya memerlukan maklumat terperinci jika ada mahasiswa di Wilayah Persekutuan yang berdepan masalah seperti itu.

“Ada banyak kategori bantuan zakat yang kita boleh lihat (bagi membantu mahasiswa).

“Jika benar ia berlaku, saya memerlukan maklumat dan Insya-Allah, pihak Jejak Asnaf kita akan terus mengambil tindakan,” katanya.

Sementara itu, Mujahid memaklumkan kertas dasar mengenai Rahmatan lil Alamin dijangka dibentangkan ke Kabinet, Jumaat ini.

“Semua proses sudah dilalui. Apabila dibentangkan nanti, maknanya kerajaan menerima secara rasmi dasar pentadbiran Islam ini yang menuntut ia dilaksanakan merentas kementerian,” katanya.

Program NADI 2019 yang diadakan empat hari menghimpunkan mahasiswa dari hampir 30 universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi mengupas serta memahami konsep Rahmatan lil Alamin. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *