Home » Langit Terbuka » Mahasiswa perlu berani teroka peluang kerja hingga ke luar negara

Mahasiswa perlu berani teroka peluang kerja hingga ke luar negara

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

KANGAR 27 Jan. – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menyeru para mahasiswa supaya berani meneroka pelbagai peluang pekerjaan walaupun hingga ke luar negara.

Beliau berkata mahasiswa tidak harus hanya bergantung kepada kerja dalam negara atau negeri sendiri semata-mata, sebaliknya perlu bersifat lebih terbuka.

“Mahasiswa juga tidak boleh mengharapkan kerja makan gaji sahaja, mereka boleh menjadi seorang usahawan, tidak semestinya perniagaan berskala besar, boleh sahaja mula secara kecilan.

“Perniagaan yang kecil juga mampu memberi pulangan yang besar sekiranya diusahakan berterusan,” katanya pada program Santai Mesra Mahasiswa di kediaman rasmi beliau, dekat sini hari ini.

Majlis berkenaan disertai hampir 300 orang mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Dalam pada itu Azlan turut mengingatkan semua mahasiswa agar menolak kenyataan berunsur fitnah supaya pemikiran mereka tidak mudah terpengaruh dengan maklumat palsu.

Azlan berkata mahasiswa adalah bakal pemimpin yang akan mencorakkan masa depan negara, justeru mereka perlu berfikir secara rasional.

“Mahasiswa perlu menggunakan kepintaran mereka untuk memilih maklumat yang bukan sampah, yang berfaedah kepada diri,” katanya

— BERNAMA

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *