Home » Langit Terbuka » Mahkamah Mesir penjara Morsi seumur hidup

Mahkamah Mesir penjara Morsi seumur hidup

KAHERAH, Ahad – Mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas Presiden Mesir yang dipilih secara demokrasi tetapi digulingkan oleh tentera, Mohamed Morsi.

Peguamnya, Abdel Moneim Abdel Maksoud berkata, mahkamah membebaskan Morsi daripada tuduhan membekalkan Qatar dengan dokumen sulit tetapi mengenakan hukuman penjara seumur hidup atas alasan Morsi mengetuai sebuah pertubuhan haram.

Morsi turut disabitkan mencuri dokumen rahsia membabitkan keselamatan negara dan dikenakan hukuman penjara tambahan selama 15 tahun.

Dokumen itu didakwa mengandungi maklumat rahsia untuk yang didakwa telah diserahkan kepada Qatar untuk AS$1 juta.

Qatar adalah penyokong utama Morsi dan pergerakan Ikhwanul Muslimin beliau ketika berkuasa pada tahun 2012 hingga Julai 2013. Tentera kemudian menggulingkan pemerintahan beliau dan menahannya.

Morsi adalah presiden pertama yang dipilih secara bebas, hampir menamatkan tahun pertama sebagai presiden ketika digulingkan oleh tentera Jeneral Abdel Fattah el-Sisi dan beliau ditahan pada Julai 2013.

Beliau kemudian dibicarakan atas tuduhan pengintipan dan memecahkan penjara ketika pemberontakan 18 hari untuk menggulingkan presiden sebelumnya, Hosni Mubarak pada 2011. – Agensi

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *