Home » Langit Terbuka » Mahkamah perintah lelaki cuba pukul imam dirujuk ke Hospital Permai

Mahkamah perintah lelaki cuba pukul imam dirujuk ke Hospital Permai

Tular rakaman video menunjukkan seorang lelaki bertindak menolak jemaah sebelum mahu memukul imam yang sedang memimpin solat subuh di masjid itu, namun sempat dielak mangsa. - Foto FMT

KUANTAN: Mahkamah Majistret di sini, hari ini memerintahkan seorang lelaki yang videonya tular kerana dilihat cuba memukul imam yang sedang memimpin solat subuh di sebuah masjid di sini, dirujuk ke Hospital Permai, Johor bagi pemeriksaan psikiatri.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman membuat perintah itu terhadap bekas tentera Ahmad Paijan Abd Rashid, 38, yang dihadapkan ke mahkamah itu hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan gangguan ketika sembahyang subuh yang sedang dijalankan di ruang solat utama Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, di sini, kira-kira 6.30 pagi, Ahad lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Mohd Azlan Mohd Arish@Arshad tidak membuat sebarang pengakuan, namun hanya berkata dia terdengar suara.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ezuain Farhana Ahmad dibantu Anuarul Hakim Abdul Muen memohon tertuduh menjalani pemeriksaan di hospital itu mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah menetapkan 28 April ini untuk sebutan semula kes.

Baru-baru ini, tular rakaman video menunjukkan seorang lelaki bertindak menolak jemaah sebelum mahu memukul imam yang sedang memimpin solat subuh di masjid itu, namun sempat dielak mangsa. –AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *