Home » Langit Terbuka » Mahkamah tolak permohonan Sisters in Islam batal fatwa Selangor

Mahkamah tolak permohonan Sisters in Islam batal fatwa Selangor

Jawatankuasa Fatwa Selangor mengeluarkan fatwa SIS sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam pada 17 Julai 2014. - Foto FMT

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Selangor terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam kes yang difailkan lima tahun lalu.

Hakim Nordin Hassan berkata, Jawatankuasa Fatwa Selangor mengeluarkan fatwa berkenaan berlandaskan enakmen negeri itu.

“Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan perkara berkaitan undang-undang syariah berada di bawa bidang kuasa negeri,” katanya ketika mengumumkan keputusan tersebut sebentar tadi.

Jawatankuasa Fatwa Selangor mengeluarkan fatwa SIS sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam pada 17 Julai 2014.

Fatwa berkenaan kemudiannya digazetkan pada 31 Julai tahun sama.

SIS memfailkan semakan kehakiman pada Oktober 2014 untuk mencabar keputusan berkenaan.

NGO itu turut memohon perisytiharan, mereka diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai “company limited by guarantee” tidak tertakluk dan terikat dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais). – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *