Home » Langit Terbuka » MAIM badan selaras NGO

MAIM badan selaras NGO

Ustaz Nasrudin Hassan menegaskan pihaknya akan ‘merobohkan tembok dan membuka sempadan’ dengan menjadikan YADIM selepas ini dimaksimumkan sebagai satu dermaga untuk semua pertubuhan bukan kerajaan Islam berlabuh kepadanya. - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPURPenubuhan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) dibawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menjadi Sektetariat Penyatuan dan Penyelarasan untuk semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan diberi peranan utama untuk menggerakkan MAIM berkata, pihaknya telah merangka pelbagai program serta gerak kerja bagi menyokong kerajaan dalam memperkasakan usaha dakwah dan tarbiyah di negara ini.

“Saya akan mengambil langkah segera untuk merencana tindakan dakwah berasaskan kluster yang telah dibentuk,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan pihaknya akan ‘merobohkan tembok dan membuka sempadan’ dengan menjadikan YADIM selepas ini dimaksimumkan sebagai satu dermaga untuk semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlabuh kepadanya.

“Kita akan menyatukan kembali NGO-NGO siswah ini dan insha Allah MAIM satu entiti yang berada di bawah YADIM itu akan kembali diaktifkan.

“Resolusi dari Perjumpaan Khas NGO Islam bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin akan segera diperinci dan dilaksanakan bermula Oktober 2020 ini, insha Allah,” katanya. – Harakahdaily

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *