Home » Citra Yadim » MAIM laksana kunjung hormat ke Exco Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Terengganu

MAIM laksana kunjung hormat ke Exco Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Satu kunjung hormat telah dilakukan kepada Exco Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Terengganu, YB Mohd Nor Bin Hamzah di pejabatnya di sini oleh Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Terengganu pada 21 November lalu.

Wakil Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Eksekutif Kanan Zon Timur, Ustaz Nasrul Hadi bin Saidin hadir sama dalam lawatan berkenaan.

Antara NGO lain yang hadir ialah Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Briged Bakti, Pertubuhan Ikram Malaysia, GISB Sdn Bhd dan Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia.

Pertemuan selama setengah jam itu membuka banyak peluang kerjasama antara MAIM dengan pihak kerajaan negeri serta agensi berkenaan di Terengganu.

Antara yang dibincangkan ialah memaklumkan kewujudan dan keupayaan NGO NGO di bawah MAIM kepada kerajaan negeri.

Mohd Nor selesai mempengerusikan mesyuarat dalam pertemuan berkenaan, mengucapkan terima kasih atas kunjungan itu dan menyatakan pihaknya merasakan banyak yang boleh dimanfaatkan dengan kewujudan MAIM di Terengganu.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *