Home » Langit Terbuka » Melaka perkenal insentif untuk penggali kubur

Melaka perkenal insentif untuk penggali kubur

Datuk Seri Idris Haron

MELAKA: Kerajaan negeri hari ini, pemberian insentif khas RM250 kepada penggali kubur dan pembantunya, membabitkan peruntukan RM500,000.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata, pembayaran khas itu memanfaatkan 500 penggali kubur dan pembantu yang akan dilaksanakan menjelang Aidilfitri tahun ini.

“Kerajaan negeri bersetuju menambah peruntukan bagi memberi insentif kepada penggali kubur, sekali gus mengiktiraf mereka yang diumpamakan wira tidak didendang ini.

“Bantuan ini akan diperhalusi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Roslan Ibrahim dan akan disempurnakan menjelang sebelum Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Multaqa Murabbi Ummah (MMU) peringkat negeri di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha.

Idris yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, kerajaan negeri juga bersetuju menyediakan insentif tambahan dengan nilai sama (RM250) kepada lebih 1,000 murabbi termasuk imam, noja, guru takmir, dan guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA).

Katanya, pemberian itu bertujuan menghargai usaha dan tugas kariah dalam bidang terbabit melaksanakan tanggungjawab dengan niat mendapat keberkatan daripada punca halal.

Sementara itu, Jamil berkata, Melaka menerima peruntukan RM3.2 juta daripada Kerajaan Pusat untuk diagihkan kepada semua jawatankuasa murabbi terbabit.

“Bajet tahunan yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) Oktober tahun lalu sebanyak RM21 juta, akan diagihkan kepada semua negeri sepanjang tahun ini, kepada mereka (murabbi) yang dikategori layak menerima,” katanya.- BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *