BAGI Meraikan dan menghargai kakitangan yang berkhidmat dengan cemerlang, YADIM telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 dan Jasamu Dikenang pada 2 September.
Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar.
Seramai 20 orang kakitangan daripada tujuh kategori perkhidmatan diraikan dalam majlis ini, selain penyampaian Anugerah Khas Jasamu Dikenang kepada seorang kakitangan yang bersara baru-baru ini. Kesemua penerima anugerah membawa pulang sijil penghargaan, wang tunai dan bar emas sebagai simbol pengiktirafan terhadap usaha gigih serta komitmen mereka.
𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 :
𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐉𝐚𝐬𝐚𝐦𝐮 𝐃𝐢𝐤𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠
Haji Azmi bin Mohammad (YADIM Negeri Kedah dan Perlis)
𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐧
1. Ahmad Saparudin bin Yusup (Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita)
𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡
2. Mohd Fadzil bin Alias (Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang)
3. Muhammad Ammar bin Abdullah (Pengarah YADIM Negeri Johor)
𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐧
4. Siti Zaiton binti Bachok (Penolong Pengarah Kanan Bahagian Media dan Teknologi Dakwah)
𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡
5. Nor Amirah binti Mohd Amin Soo (Penolong Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penajaan)
6. Nuuh bin Muhamad Idris (Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Duát)
7. Mohammad Izzuddin bin Mohamed Ares (Pegawai Khas Ketua Pegawai Eksekutif)
8. Nur Shuhada binti Ibrahim (Penolong Pengarah YADIM Negeri Pahang)
9. Abdul Hakim Nailul bin Morad (Penolong Pengarah Institut Latihan Dakwah YADIM)
𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢
10. Am Iskandar bin Masnan (Penolong Pegawai Bahagian Pembangunan Duát)
11. Muhammad Muqri Zafran bin Mat Khusniza (Penolong Pegawai Bahagian Penerbitan)
12. Nurfathihah binti Tahar (Penolong Pegawai Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik)
13. Nor Mazila binti Mohd Zin (Penolong Pegawai YADIM Negeri Terengganu)
14. Zamri bin Bali (Penolong Pegawai YADIM Negeri Sarawak)
𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢
15. Mohd. Azizudin bin Ab Rahim (Penolong Tadbir Operasi Bahagian Pengurusan)
16. Mohd Bakri bin Ishak (Penolong Tadbir Operasi Bahagian Pengurusan)
17. Noor Hasanah binti Hassan (Penolong Tadbir Operasi Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita)
18. Arissa Nadiah binti Azhar (Penolong Tadbir Operasi YADIM Negeri Selangor)
19. Najwa binti Ishak (Penolong Tadbir Operasi YADIM Negeri Kedah dan Perlis)
20. Mazri bin Mat Husin (penolong Tadbir Operasi YADIM Negeri Kelantan)
Senator Dato’ Setia Dr.Haji Mohd Naím ketika merasmikan majlis berkata, beliau percaya penganugerahan ini akan menjadikan para penerimanya lebih bersemangat melaksanakan tugas selepas ini.
Menurutnya, berdakwah masa kini perlu cukup berhikmah dan tidak semestinya menggunakan ucapan, sebaliknya boleh juga dilaksanakan menerusi puisi, sketsa atau lakonan.
Terdahulu Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrom dalam ucapan aluannya, menzahirkan harapan agar kakitangan badan dakwah ini meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang pekerjaan masing-masing.
Menurutnya, perkembangan dakwah mesti menyeluruh, bukan sahaja ke seluruh negara, malah juga ke ASEAN.
Majlis ini turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Yang Dipertua YADIM, Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azmin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin, pengurusan serta warga badan dakwah ini.
YADIM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima APC 2024, semoga terus menjadi inspirasi serta teladan kepada rakan sekerja yang lain.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini, khususnya Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta Perbadanan Putrajaya yang telah sudi memberikan sumbangan penajaan bagi menjayakan program ini.



KOMEN