Home » Citra Yadim » Majlis Iftar Bersama YDP YADIM di Darul Iman Training Centre

Majlis Iftar Bersama YDP YADIM di Darul Iman Training Centre

KEMAMAN – Lebih 40 warga Villa Mawaddah, sebuah rumah menempatkan kanak kanak kurang bernasib baik di sini diraikan dalam Majlis Iftar Bersama Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Darul Iman Training Centre (DITC) pada 30 April.

Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dalam ucapannya berkata, pihaknya akan sentiasa menghulurkan tangan membantu pihak pihak seperti Villa Mawaddah sebagai tanggungjawab dan salah satu gerak kerja dakwahnya.

“Kami juga menyeru orang ramai yang berkemampuan, individu atau organisasi untuk tampil menghulurkan bantuan membantu misi ini,” ujarnya dalam ucapan pada majlis berbuka puasa itu.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin, Pengerusi Darul DITC Ustaz Hazri Jusoh, Presiden Yayasan Amal Malaysia Tuan Haji Hussin Ismail serta Pengarah Villa Mawaddah, Dr Rosni Adam .

Sementara itu, pada majlis ini YADIM turut menyumbang RM6,000 untuk surau DITC yang disampaikan oleh Ustaz Nasrudin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *