Home » Citra Yadim » Edaran bubur lambuk YADIM Perlis

Edaran bubur lambuk YADIM Perlis

JEJAWI – Pada Ramadan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis turut tidak ketinggalan dalam mengadakan program mengimarahkan bulan penuh berkah ini.

Pada 30 April, bertempat Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)  Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, telah diadakan Program Seikhlas Ramadhan yang turut melibatkan Rakan Siswa YADIM.

Antara pengisian program termasuklah memasak dan mengedar bubur lambuk di sekitar Kangar.

Seramai 50 peserta terlibat dalam program ini. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Hazam Ismail dan Pengerusi PAWE, Saadiah Habil

Pada sebelah petang pula diadakan gotong royong menyediakan bubur lambuk bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis dengan kehadiran Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dato Fathul Bari Mat Jahya, Sukarelawan YADIM,  Yayasan IKAF serta kerjasama Masjid Al Mustaqim di Seriab.

IPK Perlis diwakili oleh Deputi Supritendan Surirani Ali dalam program ini.

Secara keseluruhannya, sebanyak 700 pek bubur lambuk diedarkan kepada orang ramai oleh YADIM Perlis pada 30 April.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *