Home » Citra Yadim » Majlis Pelancaran Rakan Belia YADIM IKBN Jitra

Majlis Pelancaran Rakan Belia YADIM IKBN Jitra

JITRA – Seramai 24 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra telah dilantik sebagai pimpinan Rakan Belia YADIM (RBY) di institusi berkenaan pada 11 Februari.
 
Majlis ini dimulakan dengan Tausiyah Kepimpinan yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Pejabat Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama, Al-Fadhil Ustaz Mohd Idris Mohd Yussoff, dengan tajuk Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh.
 
Kemudian ia diteruskan dengan sedikit tazkirah ringkas disampaikan oleh wakil Exco Dakwah RBY IKBN Jitra, Saudara Adli.
 
Majlis pelancaran seterusnya disempurnakan oleh Pengarah IKBN Jitra, Mohd Nizam Mat Daud.
Hadir sama ke majlis ini ialah , Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda Shahrizal Mat dan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.
 
Lantikan adalah bagi sesi 2021 – 2022.
 

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *