Home » Citra Yadim » Program Pemantapan SAY SMK Manir

Program Pemantapan SAY SMK Manir

KUALA TERENGGANU – Seramai 40 orang Sukarelawan YADIM (SAY) Sekolah Menengah Kebangsaan Manir pada 10 Februari menganjurkan program solat hajat & bacaan Yaasin sebagai antara persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tidak lama lagi.

Diadakan di Masjid Kampung Buluh Gading di sini, program ini dianjurkan secara bersama dengan pejabat YADIM Negeri Terengganu yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang.

Program yang bermula jam 7.00 petang ini juga bertujuan sebagai pengisian pemantapan pasukan tersebut di bawah seliaan pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Manir.

Ini juga adalah persediaan awal bagi para pelajar ini menjadi sukarelawan dan juga daie bagi membantu kerja-kerja dakwah YADIM Negeri Terengganu di masa akan datang.  

Di samping memupuk budaya penyayang, membina sahsiah unggul di kalangan anak muda serta pemantapan pasukan melalui pengisian solat sebagai wasilah menuju kejayaan dunia dan akhirat, program turut diisi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin, Ustaz Mohamad Nurul Hafiz Ab Latif, dengan tajuk “Seruan Menuju Kejayaan”. 

YADIM Terengganu turut menyambut baik dan mendukung hasrat Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha menyemarakkan Bulan Penghayatan Ibadah Solat (BPIS) dengan mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti dakwah dan solat berjemaah.

Hadir di majlis ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saidin dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Encik Nor Azmi Mohamad.

 

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *