Home » Citra Yadim » Majlis Penutup Bengkel Bijak Kewangan YADIM

Majlis Penutup Bengkel Bijak Kewangan YADIM

PUTRAJAYA – Bengkel Bijak Kewangan YADIM menutup tirainya hari ini (9 Ogos) selepas berlangsung selama dua hari sejak semalam.

Menghimpunkan Pengarah dan pegawai YADIM dari negeri-negeri, ia bertujuan menajamkan keupayaan pengurusan kewangan mereka dalam menguruskan perbelanjaan di setiap bahagian dan negeri.

Disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin, bengkel ini turut disertai Pengarah Kanan Sektor Kewangan YADIM, Encik Kamarul Redzuan Nali serta pegawai-pegawai Bahagian Kewangan.

Semasa merasmikan program, Ustaz Zamri menyatakan beberapa usaha tambah baik telah dilaksanakan bagi mempermudahkan pengurusan YADIM termasuklah untuk menjadikan persekitaran kerja lebih sihat dan ceria dengan mengadakan sesi Morning Motivation dan Fit@YADIM.

Berhubung pengurusan program pula, beliau mengingatkan agar ia dijalankan dengan kreatif agar dapat memberi impak besar menerusi kaedah menang-menang dan pada masa yang sama supaya tidak berjanji dengan rakan strategik hingga merugikan kedua pihak di negeri masing-masing.

Menyentuh mengenai program di negeri negeri, Ustaz Zamri menjelaskan Zamalah YADIM atau Felo YADIM akan menjadi panel bagi badan dakwah ini untuk memberi ceramah di jabatan atau agensi luar. Katanya lagi, YADIM negeri dan bahagian juga diminta menyediakan kertas kerja bagi program menyambut Hari Kebangsaan tidak lama lagi.

Berhubung aspirasi Malaysia Madani pula, beliau memberitahu kursus dan taklimat berkenaan membangun Malaysia Madani dimulakan pada 10 Ogos 2023 yang melibatkan beliau sendiri. Buku buku mengenai Malaysia Madani juga akan diedarkan ujar beliau.

Menutup program ini, Ustaz Zamri berharap kakitangan YADIM dapat bertugas dalam suasana pejabat yang Rahmah dan beliau sentiasa bersedia menerima sebarang teguran, cadangan dan luahan rasa secara terus.

Akhirnya, beliau berharap YADIM dapat membawa aspirasi Malaysia Madani sebagaimana acuan dan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Sebelum bersurai,  Ustaz Zamri menyampaikan dua buah buku kepada wakil setiap negeri iaitu buku Malaysia Madani dan Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam karya Prof. Dr. Taha Jabir Fayyadh Al-Alwani.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *