Home » Citra Yadim » SEBATI MADANI Kuala Selangor

SEBATI MADANI Kuala Selangor

PROGRAM Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Selangor dimulakan di Masjid Nurul Iman, Ijok, Kuala Selangor pada 5 Ogos dengan pelbagai pengisian untuk warga daerah berkenaan.
Bermula dengan Kuliah Subuh menampilkan Daie Muda YADIM Mohamad Zaiful Faizal Mohamad Hasan bagi memulakan hari jemaah dengan pengisian kerohanian, SEBATI kemudiannya diteruskan dengan acara Cuci-Cuci yang membersihkan kawasan dalam dan luar masjid.
Cuci Cuci di masjid kali ini istimewa kerana turut disertai Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor diketuai pengerusinya, Puan Asmah Husin bersama kira kira 20 ahlinya yang terlibat sama.
Tidak ketinggalan ialah ahli-ahli Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA) yang juga hadir sama.
Kehadiran PROFIMA ini ialah hasil kerjasama yang terjalin dengan YADIM bagi melestari gerakan dakwah menerusi jalur seni.
Gandingan SAY Kuala Selangor dan PROFIMA bersama penduduk menjadikan persekitaran masjid berjaya dibersihkan dengan cepat hasil kerjasama mereka.
Hadir bersama PROFIMA ialah artis cukup berpengalaman dalam dunia seni Malaysia, Zaidi Omar yang berjaya menjadikan program lebih meriah.
Selesai Cuci-Cuci YADIM Selangor menyelitkan sesi cabutan bertuah kepada peserta program yang terlibat serta menyantuni pelajar sekolah rendah agama berhampiran.
Dalam pada itu, YADIM turut membuka reruai Bahagian Pelaburan Dan Penajaan yang bukan sahaja memberi peluang orang ramai menyumbang, tetapi pada masa yang sama juga memberi penerangan mengenai badan dakwah ini.
SEBATI Madani menutup tirainya di Masjid Nurul Iman pada sebelah malam dengan Forum Perdana bertajuk ‘Lelaki Qawwam Membina Keluarga Sejahtera’.

Ia menampilkan Daie Muda YADIM Anis Zurain Che Ab Rahim sebagai moderator dan bergandingan dengan Pengarah Pusat Islam Universiti Selangor, Ustaz Ab Razak Aripin dan Ketua Pegawai Eksekutif Arba Foundation, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan sebagai ahli panel.

Penyelaras YADIM Selangor, Mohammad Izzuddin Mohamad Ares hadir dan berada di lokasi sepanjang program berlangsung.
YADIM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan SEBATI Madani di Kuala Selangor ini, khususnya pihak pengurusan Masjid Nurul dan penduduk sekitarnya.
Bergerak ke hadapan, YADIM Selangor berhasrat mengadakan program SEBATI Madani ini di semua sembilan daerah di negeri berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *