Home » Citra Yadim » Majlis Penyerahan sijil penubuhan RBY bersempena Citra Ibadah IKBN Kinarut

Majlis Penyerahan sijil penubuhan RBY bersempena Citra Ibadah IKBN Kinarut

PAPAR – Penyerahan sijil penubuhan Rakan Belia YADIM (RBY) untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut diadakan pada 20 Mei dengan kehadiran kira kira 250 peserta.

Ia diadakan sempena program Citra Ibadah yang kini berlangsung di IKBN tersebut.
Ia merupakan lanjutan kerjasama Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM menerusi program Ihya Ramadan sebelum ini dan pemantapan kepimpinan Majlis Pemimpin Pelajar selepas ini.

YADIM diwakili oleh Pengarah Bahagian KEMUDA, Syahrizal Mat,Penolong Pengarahnya, Norasyikin Zakaria dan Pegawai YADIM Sabah, Rosdy Beleg.

IKBN Kinarut pula oleh Pengarahnya, Zuarini Jumai,Timbalan Pengarah Latihan, Ahmad Ritahudin Ibrahim, dan Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Queenelisi Ligadu.

Citra Ibadah adalah program kerjasama YADIM dengan sebanyak 21 IKBN seluruh negara.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *