Home » Citra Yadim » Majlis Ramah Mesra Ejen Dakwah YADIM Sabah bersama Ketua Pegawai Eksekutif

Majlis Ramah Mesra Ejen Dakwah YADIM Sabah bersama Ketua Pegawai Eksekutif

KOTA KINABALU – Wisma Majlis Ugama Islam Sabah menjadi lokasi Majlis Ramah Mesra Ejen Dakwah YADIM Negeri Sabah bersama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh pada 21 Mei.

Menghimpunkan agen agen dakwah YADIM dari seluruh Sabah, terutamanya dari kalangan generasi muda, ia menjadi platform membincangkan pelbagai aspek dakwah termasuklah inisiatif memperkasakannya untuk golongan sasar di negeri ini.

Hadir sama dalam majlis ini Pengarah YADIM Sabah,Ustaz Muhammad Akmal Othman dan Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YAIM, AbdulQaiyum Aris, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Syahrizal Mat, Penolong Pengarah YADIM Sabah, Ramlee Daud dan kakitangan YADIM Sabah.

Antara agen dakwah YADIM Sabah yang hadir merangkumi Daei YADIM Sabah, Sukarewalan YADIM Tanjung Aru, Wakil Majlis Pimpinan Tertinggi Rakan Siswa YADIM (RSY), Majlis Pimpinan Negeri RSY Sabah, Majlis Pimpinan RSY Universiti Teknologi Mara Kota Kinabalu, Majlis Pimpinan RSY Universiti Malaysia Sabah dan RSY Politeknik Kota Kinabalu.

Artikel Berkaitan

Tiga mahasiswa USIM dakwah di New Zealand

SEREMBAN – Tiga mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan perjuangan dakwah penyebaran syiar Islam melalui latihan industri di Masjid Al Noor,

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *