Home » Citra Yadim » Majlis Perasmian Karnival Peluncuran Hadis 40 Imam Nawawi di SMA Putrajaya

Majlis Perasmian Karnival Peluncuran Hadis 40 Imam Nawawi di SMA Putrajaya

MAJLIS Perasmian Karnival Peluncuran Hadis 40 Imam Nawawi di Sekolah Menengah Agama Putrajaya telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek pada 19 Ogos.
YADIM merupakan rakan kerjasama Forum Silang Budaya : Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi, yang menampilkan Brother Syafiq Liow dan Ustaz Muhamad Razif Ibrahim Muniandy sebagai ahli panel manakala Daie Muda YADIM Ali Azfar Khairul Faiz pula sebagai moderator.
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin dan Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Shahrizal Mat hadir sama ke program ini.
YADIM turut membuka reruai pameran di karnival ini bagi menyebarkan kepada hadirin mengenai gerak kerja terkini dan mengajak mereka menyumbang kepada tabung infaq badan dakwah ini.
Karnival dan Peluncuran Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi merupakan sebuah program dibawah kendalian Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Kepimpinan Muda YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *