Home » Citra Yadim » Seminar Kenegaraan di Johor Bahru

Seminar Kenegaraan di Johor Bahru

HAMPIR 300 pelajar Tingkatan 6 menyertai program YADIM Kader Dakwah : Seminar Kenegaraan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, Johor Bahru pada 21 Ogos.

Bertujuan menanam dan mengukuhkan kecintaan kepada negara di kalangan pelajar, program anjuran YADIM Johor ini mendapat kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Maktab Sultan Abu Bakar, Sekolah Menengah Aminudin Baki dan SMK Sultan Ismail.

Slot pertama program bertajuk ‘Islam Agama Persekutuan’ disampaikan oleh Presiden ABIM yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Encik Muhammad Faisal Aziz sebelum Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin membawa tajuk ’Malaysia Madani : Misi & Visi’.

Program ini disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

Hadir sama ke program ini ialah Penolong Kanan Tingkatan 6, Maktab Sultan Abu Bakar selaku wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Encik Mohd. Asri Mohd. Rejab dan Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *