Home » Citra Yadim » Majlis Pra Pelancaran PDN YADIM Pulau Pinang

Majlis Pra Pelancaran PDN YADIM Pulau Pinang

PERMATANG PAUH – Memasuki Oktober, inisiatif pelaksanaan Program Dakwah Negara (PDN) 2026 semakin dirancakkan lagi oleh YADIM.

YADIM Negeri Pulau Pinang turut tidak ketinggalan apabila dengan kerjasama Masjid Mengkuang Titi, Permatang Pauh telah menganjurkan Program YADIM Sejahtera: Majlis Pra Pelancaran Program Dakwah Negara pada 1 Oktober, bertempat di masjid berkenaan.

Hampir 300 ahli jemaah telah hadir ke majlis pra pelancaran ini.

Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap peranan dakwah dalam pembinaan negara serta membudayakan adab, jati diri dan nilai kemanusiaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Pengisian turut menyentuh aspek pembangunan tamadun, perkembangan kuasa besar dunia, pengukuhan ekonomi serta kepentingan mengurangkan kebergantungan terhadap mata wang asing.

Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias, Penolong Pengarah Kanannya, Ustaz Zuhri Husain, Penolong Pengarah, Ustaz Muhammad Muaz Abul Kassim, Penolong Tadbir Operasi, Cik Intan Basirah Basir bersama Encik Mohammad Akmal Suhaimi dan Encik Mohamad Asyraf Shahidan.

Turut sama ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Dr. Amir Mohd Nason dan Pengerusi Masjid Mengkuang Titi, Ustaz Mohamad Adib Ismail.

 

Artikel Berkaitan

40 orang peserta sertai Bengkel Memanah

PASIR PUTEH – Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai Bengkel Memanah bertemakan “Aim High, Fokus Jati Diri” yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *