Home » Langit Terbuka » Makanan percuma untuk pelajar IPT kesempitan wang di Shah Alam

Makanan percuma untuk pelajar IPT kesempitan wang di Shah Alam

Drastix Cafe di Kondominium Kristal di Seksyen 7, Shah Alam menyediakan “nasi bujang” yang terdiri daripada nasi bersama sup kosong, telur dadar dan sambal belacan secara percuma kepada pelajar yang kesempitan wang

SHAH ALAM – Pengalaman terpaksa mengikat perut semasa belajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Johor 7 tahun lepas mendorong pengusaha kedai makan di sini mengadakan sajian percuma bagi pelajar IPT yang menghadapi masalah kewangan.

Aifa Azman, 25, pemilik “Drastix Cafe” di Kondominium Kristal di Seksyen 7, di sini menyediakan “nasi bujang” yang terdiri daripada nasi bersama sup kosong, telur dadar dan sambal belacan.

“Saya turut selang-seli dengan masakan istimewa seperti ayam masak sambal pada hari tertentu,” katanya baru-baru ini.

Beliau berkata restorannya dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam, dan dari hari Isnin hingga Jumaat.
“Pelajar IPT bolehlah datang pada waktu itu untuk mendapat makanan percuma, “ katanya.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, beliau menggunakan wang simpanannya untuk menyediakan sajian percuma dengan niat menyedekahkan pahala buatnya ibunya yang meninggal dunia pada 2014.

Walaupun masih baru, beliau berharap para pelajar IPT yang terpaksa mengikat perut kerana menghadapi masalah kewangan untuk datang ke cafenya.

Aifa juga menerima sumbangan orang ramai yang ingin bersedekah untuk tujuan membantu pelajar yang memerlukan.

Beliau berharap pemberian makanan percuma itu dapat dijadikan aktiviti berpanjangan dan bukan sekadar untuk sementara waktu. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *