Home » Citra Yadim » Maknai kemerdekaan dengan tausiyah Datuk Dr Zulkifli Al Bakri bersama DMY.

Maknai kemerdekaan dengan tausiyah Datuk Dr Zulkifli Al Bakri bersama DMY.

HULU LANGAT – Institut Latihan Dakwah YADIM di sini pada 31 Ogos menerima tetamu istimewa apabila dikunjungi oleh tokoh agamawan iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ahli Dewan Negara yang juga mantan Menteri Hal Ehwal Agama.

Beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai Mufti Wilayah Persekutuan dalam tausiyahnya mengupas topik berkaitan penampilan pendakwah yang bukan hanya perlu dari segi ilmu semata mata namun turut perlu menitik beratkan soal penampilan fizikalal, yang ujarnya perlu bersih dan kemas kerana dakwah itu mempunyai seninya.

“Fahamkan tujuan asal menjadi pendakwah dan jadi pendakwah luar biasa seiring dengan ilmu dan penampilan,” jelas beliau.

Beliau juga turut berpesan kepada para pelatih Akademi Daei Muda YADIM (ADMY) agar  jangan terlalu selesa dengan dakwah. Tegas beliau, ianya mesti kerana Allah, rasa keesaan Allah, faham tahu, muliakan Allah dan besarkan Allah.

“Dakwah luar biasa” apabila kita menggunakan asas “kasih sayang” pesan beliau dalam perkongsian serba ringkas namun cukup mendalam itu.

Pada hari sambutan kemerdekaan negara ini, beliau turut mengingatkan para oelatih ADMY bahawa jangan mengharapkan kepada kemasyhuran dalam berdakwah kerana ianya tidak akan kekal namun ingatlah ianya akan jadi mizan (timbangan amal diakhirat kelak).

Perkongsian ini turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah INDAH, Fitri Aziz Yusof, pelatih ADMY serta barisan penyelaras ADMY sesi 2022.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *