Home » Citra Yadim » Komuniti Sik tunjuk semangat hayati merdeka.

Komuniti Sik tunjuk semangat hayati merdeka.

SIK – Hujan lebat yang turun sejak awal pagi pada 30 Ogos tidak menghalang warga daerah ini menyambut ambang merdeka.

Program yang pada asalnya diatur di sebuah padang di sini, meskipun diubah ke surau dan dewan, namun tidak melemahkan semangat penduduk untuk tetap menghadirinya.

Seramai 200 warga Sik kekal bersemangat menyambut sambutan ambang merdeka yang dianjurkan YADIM Kedah dengan kerjasama Majlis Daerah Sik, Pejabat Agama Daerah Sik, masjid dan surau sekitar Sik dan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Persekutuan (JKKP).

Antara pengisian program adalah Solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin serta doa merdeka dan solat Isyak berjemaah yang dimamkan Ustaz Haji Azmi Mohammad daripada YADIM Kedah.

Selepas jamuan rakyat, diadakan Forum Perdana Ambang Merdeka bertajuk “Sudah Merdekakah Kita ? Ustaz Haji Azmi bertindak selaku Moderator manakala ahli panel ialah Ustaz penceramah bebas terkenal, Ustaz Muhd Azki Hafizi Ibrahim.

Kuiz Merdeka dan persembahan bunga api sempena detik sambutan kemerdekaan juga diadakan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Mohd Tajuddin Abdullah selaku Penaung Komuniti Daerah Sik.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Komuniti Daerah Sik, Ustaz Abdul Razak, Pengerusi JKPP Haji Shahidan Abdullah Hamad serta pemimpin pemimpin komuniti.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *