Home » Citra Yadim » Malam Apresiasi Palestin anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka

Malam Apresiasi Palestin anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka

YADIM Menzahirkan sokongan kepada Palestin menerusi pelbagai pendekatan.
Bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka telah berlangsung Malam Apresiasi Palestin anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 5 November.
Malam Apresiasi ini turut dihadiri wakil-wakil daripada pelbagai pihak seperti GAPENA, PENA, Radio Zayan, WADAH, ABIM, Pertubuhan Ilmu Salaf Dot Com (iSDC) dan YADIM yang mendeklamasi sajak dan puisi bertemakan perjuangan Palestin.
YADIM diwakili Penolong Pengarah Bahagian Penerbitan, Puan Anis Zurain Che Rahim dan Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Cik Nathrah Mohammed Said mendeklamasikan puisi bertajuk ‘Lembaran Berdarah Di Tanah Palestin’ karya Nor Atiekah Hidayah.
Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup hadir sama ke program ini.
Malam Apresiasi Palestin ini juga turut menyaksikan Sasterawan Negara ke-4 Dato’ Seri Dr. Abdul Samad Mohamed Said mendeklamasikan puisi ciptaan beliau sendiri.
Artis tanah air seperti Roslan Madun, Amir Jahari dan ramai lagi juga hadir sama mengadakan persembahan sebagai tanda sokongan.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *