“…ini bukan tentang Tuhan yang kita sembah, lebih 11,000 mangsa di Gaza terdiri Islam dan Kristian” – PM

SAN FRANCISCO: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pendirian Malaysia berhubung konflik Palestin-Israel termasuk gesaan untuk gencatan senjata dan menghentikan pengeboman berterusan di Semenanjung Gaza diputarbelitkan, sehingga menampakkan negara ini menyokong tindakan keganasan. Perdana Menteri menegaskan, setiap pembohongan dan penipuan perlu diperbetulkan selari dengan kenyataannya di Parlimen sebelum ini. “Seperti apa saya nyatakan di Parlimen, tidak […]

Raja Permaisuri Agong gesa gencatan senjata, buka koridor bantuan tetap ke Gaza

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menggesa pemimpin dunia mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera dalam konflik Gaza-Israel dan membuka koridor bantuan kemanusiaan secara kekal ke Semenanjung Gaza. Raja Permaisuri Agong bertitah tindakan pemimpin dunia perlu dalam menyokong usaha yang diselaraskan oleh organisasi kemanusiaan untuk menghantar bekalan penting dan membantu […]

Johor warta marhalah musafir 81km

JOHOR BAHRU: Fatwa 81 kilometer (km) jarak baharu dua marhalah sebagai syarat sah solat jamak dan qasar serta hukum fiqah lain, sudah diwartakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada Khamis minggu lalu. Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan fatwa itu diwartakan dalam Warta Kerajaan Johor bertarikh 9 November lalu mengikut […]

Program Celik Akidah di SK 2 Taman Keramat

YADIM Negeri Selangor menggerakkan Du’at untuk bersama-sama dalam pengisian slot bagi Program Celik Akidah di Sekolah Kebangsaan 2 Taman Keramat pada 10 November. Program yang diadakan di dewan terbuka sekolah tersebut disampaikan oleh Penolong Pegawai Bahagian Pembangunan Du’at, Daie Muda YADIM Nur Liyana Sukhaimi, kepada lebih 300 murid-murid Islam tahap 1 dan 2 dalam dua […]

Daie YADIM Sabah beri pendedahan ilmu pengurusan jenazah

Dakwah itu menyatukan bukan memecahbelahkan, dakwah itu mendidik bukan mengherdik. Berbekalkan kata-kata semangat inilah menjadikan Daie Yadim Sabah Annisa binti Kifli terus bersemangat dalam dunia dakwah. Hari ini, 13 November 2023 (Isnin) disaat cuti umum sambutan Deepavali, program dakwah tiada istilah cuti. Malah Yadim meneruskan inisiatif dakwahnya melalui para daienya. Berbekalkan semangat mahu menyebar luas […]

Daie YADIM Sabah istiqamah melestari ilmu fardhu kifayah

Tahniah kepada Daie YADIM Sabah Ustaz Mohd Alfian bin Rasiman yang tidak lelah dan penat menyebar luas pendidikan kepada komuniti masyarakat yang tinggal di perkampungan pedalaman Sabah seiring dengan misi dan visi YADIM. YADIM yang mempunyai barisan para daie dari masyarakat Orang Asli, masyarakat komuniti, Sabah dan Sarawak sentiasa bergerak aktif untuk menyebar pendidikan fardhu […]

Penutupan Kem Kepimpinan Rakan Belia YADIM

KEM Kepimpinan Rakan Belia YADIM melabuhkan tirainya di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Sarawak sebagai penutup kepada keseluruhan Kem Kepimpinan Rakan Belia YADIM yang telah diadakan di setiap zon sejak awal tahun ini. Antara pengisian utama program pada 11 November ini termasuklah penyampaian watikah lantikan kepada 30 orang pimpinan di IKBN tersebut. Dengan penyampaian […]

YADIM Kelantan: Seminar Pemantapan Akidah Saudara Baru

CAKNA Dengan pelbagai bentuk ancaman terhadap akidah saudara baharu di negara ini, YADIM Kelantan pada 11 November telah mengadakan Seminar Pemantapan Akidah Saudara Baru di Dewan Kompleks Masjid Al Hikmah Tanjung Mas, Kota Bharu. Seramai 40 saudara baharu menyertai program anjuran YADIM Kelantan dengan kerjasama MACMA, WADAH dan ABIM ini. Selain mengukuhkan akidah Islam dalam […]

Induksi RSY Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak, Miri.

PERLUASAN Ejen dakwah Rakan Siswa YADIM (RSY) diteruskan lagi dengan Sesi Watikah dan Induksi RSY Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak, Miri. Program ini telah diadakan di Dewan Ilmu kampus tersebut pada 11 November dengan seramai 20 pimpinan menerima watikah lantikan dalam majlis ini. Sesi kali ini memberi penekanan berkaitan Plan Of Action (POA) bagi […]

Kem Belia Sejahtera (K-Best) 2023 Peringkat Negeri Selangor

GERAK Kerja dakwah YADIM Selangor bersama belia diteruskan dengan mengisi slot sempena Kem Belia Sejahtera (K-Best) 2023 Peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Majlis Belia Negeri Selangor dan Majlis Belia Daerah Sabak Bernam. Dalam program yang diadakan di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam bermula […]