Home » Langit Terbuka » Malaysia boleh jadi rujukan ilmuan falak dunia

Malaysia boleh jadi rujukan ilmuan falak dunia

Beberapa buah negara Islam seperti Emiriah Arab Bersatu difahamkan menyatakan minat untuk belajar dengan Malaysia dalam melahirkan ahli falak. - Foto Antara

MELAKA – Ilmu falak bukan terhad kepada melihat anak bulan Ramadan atau Syawal sahaja sebaliknya ia bersifat universal yang meliputi semua bidang ilmu termasuk ilmu astronomi.

Profesor Kehormat, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Datuk Dr. Mohd. Zambri Zainuddin berkata, kecemerlangan ahli falak negara mengadakan kajian secara saintifik ‘Hilal’ (anak bulan) menyebabkan Malaysia antara negara Islam yang berada di hadapan dalam bidang falak malah disegani oleh negara maju seperti Turki.

“Malah beberapa buah negara Islam lain seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menyatakan minat untuk belajar dengan Malaysia dalam melahirkan ahli falak.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berbangga kerana berjaya membawa kegemilangan ilmu falak ke negara ini,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Jawatankuasa Rukyah Seluruh Malaysia dan Ketua Pegawai Falak Malaysia yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, di sini.

Mohd. Zambri yang juga panel pakar falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, dengan kejayaan menyimpan rekod merukyah hilal (melihat anak bulan) selama hampir 19 tahun bermula tahun 2000, Malaysia berpotensi untuk dijadikan sebagai pusat rujukan meramal kedudukan bulan pada masa akan datang dan ia bakal memberi sumbangan besar dunia Islam.

“Kini kita berjaya mengumpul data satu kitaran drakonik iaitu 18.612958 tahun dan hanya perlu melengkapkan satu kitaran lagi bagi membuat ramalan statistik anak bulan di seluruh dunia pada masa hadapan,” katanya. – Bernama

 

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *