Home » Langit Terbuka » IKB MAIWP cadang tawar Kursus Diploma

IKB MAIWP cadang tawar Kursus Diploma

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berkata, usaha menaik taraf persijilan sedia ada ke peringkat diploma di Institut Kemahiran Baitulmal harus disegerakan demi menjaga hak pihak berkepentingan iaitu pembayar zakat serta pelajar-pelajar asnaf. - Foto IKB

KUALA LUMPUR  – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bercadang menawarkan Kursus Diploma bagi setiap bidang yang ada di Institut Kemahiran Baitulmal ( IKB) bermula tahun hadapan.

Pengerusi MAIWP, Datuk Sri Syed Hussien Alhabshee berkata, bagaimanapun ia masih di peringkat kajian sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

“Usaha menaik taraf persijilan sedia ada ke peringkat diploma harus disegerakan demi menjaga hak pihak berkepentingan iaitu pembayar zakat serta pelajar-pelajar asnaf.

“Buat masa ini IKB hanya menawarkan kursus sijil kepada semua pelajar dan apa yang menjadi kekangan adalah tempat terhad “, “ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sijil tamat pengajian kepada 101 graduan dalam Majlis Penganugerahan Sijil IKB kali ke-27 di sini.

Antara kursus yang ditawarkan adalah Kejuruteraan Elektrik, Teknologi Binaan Bangunan, Perkhidmatan dan Penyajian Makanan serta Seni lukis dan seni reka.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *