Home » Langit Terbuka » Malaysia ketengah konsep Rahmatal Lil Alamin dalam Komanwel

Malaysia ketengah konsep Rahmatal Lil Alamin dalam Komanwel

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (tengah) bersama Setiausaha Agung Komanwel (kanan) ketika tiba di Forum Kepercayaan Dalam Komanwel di ISTAQ,Kuala Lumpur. - Foto Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR – Kehadiran Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland ke Malaysia diharapkan memberi impak besar dengan meletakkan elemen kepercayaan sebagai asas penyatuan negara- negara anggota.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, dengan dasar Rahmatal Lil Alamin, Malaysia dapat menyumbang bukan sahaja idea bahkan mencapai keamanan.

“Ini telah memberi impak yang besar kepada kesatuan Negara-Negara Komanwel yang meletakkan kepercayaan sebagai satu elemen yang penting dalam menyatukan semua Negara Komanwel.

“Lebih utama ialah meletakkan keamanan sebagai satu nilai paling utama yang kita perlu kita capai.

“Saya mewakili kerajaan Malaysia, kerana dasar Rahmatal Lil Alamin atau Rahmah adalah teras kepada dasar negara pada hari ini dalam mencapai kemakmuran bersama,” katanya pada sidang media selepas Forum Kepercayaan Dalam Komanwel di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam pada 10 Februari.

Dalam pada itu, Mujahid juga berharap Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam mencapai keamanan sejagat melalui dasar Rahmatal Lil Alamin.

“Sudah tentu banyak perkara yang kami dapat berkongsi bersama dalam menjayakan cita-cita Komanwel ini.

“Malaysia diharapkan dapat menyumbang idea-idea rasmi yang ada ini untuk mencapai maksud yang telah disampaikan Setiausaha Agung Komanwel itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *