Home » Langit Terbuka » LP4Q ketiga lulus sembilan resolusi

LP4Q ketiga lulus sembilan resolusi

Penglibatan semua pihak sama ada ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang di Malaysia menunjukkan negara ini tidak terkecuali dalam mengutarakan isu Palestin. - Foto TheSun

PETALING JAYA – Persidangan Ketiga Liga Parlimen Al-Quds (LP4Q) meluluskan sembilan resolusi, termasuk ketetapan mendesak negara anggota dan parlimen serantau mengeluarkan kenyataan mengutuk kekejaman dan pendudukan Israel ke atas Palestin.

Ketua Jawatankuasa Persahabatan Palestin-Malaysia Syed Ibrahim Syed Noh merangkap anggota jawatankuasa eksekutif LP4Q, berkata resolusi itu turut mengesahkan semula bahawa isu Palestin menjadi keutamaan seluruh negara Arab dan menekankan Baitulmaqdis Timur yang diduduki kekal sebagai ibu negara Palestin.

Resolusi itu juga menyeru sekali lagi agar masyarakat antarabangsa meneruskan komitmen serta menyokong rakyat dan negara Palestin memperjuangkan hak mereka.

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata peranan Malaysia sebagai tuan rumah persidangan yang pertama kali diadakan di luar Timur Tengah, dapat menggalakkan lagi penyertaan lebih ramai ahli Parlimen termasuk dari Asia Tenggara dan Asia Pasifik.

“Diharapkan kita dapat bersatu dalam satu suara,” katanya semasa sidang akhbar, di sini pada 9 Februari.

Beliau berkata, penglibatan semua pihak sama ada ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, menunjukkan Malaysia tidak terkecuali dalam mengutarakan isu itu.

“Malah, di sesi Parlimen akan datang saya akan mencadangkan satu usul khas, untuk mengetengahkan suara kita berhubung isu Palestin dan “Perjanjian Abad Ini”,” ujarnya.- Bernama

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *