Home » Langit Terbuka » Malaysia kutuk pelaksanaan undang-undang ‘Jewish Nation-state’

Malaysia kutuk pelaksanaan undang-undang ‘Jewish Nation-state’

Pelaksanaan undang undang Jewish Nation State oleh Israel akan hanya menyulitkan dan mengganggu usaha ke arah mencapai keadilan dan penyelesaian jitu terhadap konflik Palestin

 

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pelaksanaan undang-undang ‘Jewish nation-state’ oleh Parlimen Israel pada 19 Julai.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini menyebut bahawa Malaysia menggesa komuniti antarabangsa agar mengambil tindakan segera meminta Israel membatalkan undang-undang dan dasar kejam dan perkauman itu.

“Tindakan Israel akan hanya menyulitkan dan mengganggu usaha ke arah mencapai keadilan dan penyelesaian jitu terhadap konflik Palestin,” menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, undang-undang itu yang mendapat 60 undi sokong dan 55 undi menolak, mendakwa bahawa tanah Israel itu sebagai tanahair bersejarah bagi orang Yahudi dan berhak melaksana penetapan sendiri untuk penduduknya.

Undang-undang itu juga mengisytihar Hebrew sebagai bahasa rasmi dan merendahkan bahasa Arab hanya untuk status tertentu, menurut kenyataan itu. – Bernama

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *