Home » Langit Terbuka » Malaysia kutuk serangan rejim Zionis ke atas Palestin

Malaysia kutuk serangan rejim Zionis ke atas Palestin

Seramai 13 penduduk terkorban termasuk seorang bayi berusia 14 bulan dan ibu saudaranya dalam serangan udara Israel terhadap Palestin sejak Jumaat lalu. - Foto Deskgram

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengutuk tindakan rejim Zionis Israel yang melancarkan serangan bertubi-tubi dari udara dan darat di Gaza sejak Jumaat lepas.

Beliau berkata, tindakan rejim itu dikutuk sekeras-kerasnyanya, terutama ketika umat Islam di Palestin dan seluruh dunia sedang mengadakan persiapan untuk menyambut Ramadan.

“Kerajaan (Malaysia) konsisten memberi sokongan terhadap rakyat Palestin dan mengecam Israel.

“Ini dapat dilihat melalui kenyataan YAB Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 di New York, September tahun lalu yang mengecam rejim itu kerana menceroboh Palestin,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia serta masyarakat dunia mengutuk tindakan Israel itu ketika ini.

Sejak Jumaat lalu, 13 penduduk Palestin terkorban termasuk seorang bayi berusia 14 bulan dan ibu saudara bayi itu dalam serangan udara.

Angka korban itu terus meningkat kepada 27 orang semalam.

Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan Palestin. Semalam, dua lagi mayat ditemui di bawah sisa runtuhan bangunan yang musnah sama sekali akibat dibedil jet Israel di utara Bandar Gaza.

Serangan itu bermula selepas dua warga Palestin ditembak mati oleh pasukan keselamatan Israel semasa bantahan berhampiran tembok perimeter Israel-Gaza. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *