Home » Langit Terbuka » Malaysia model hiburan Islam terbaik dunia

Malaysia model hiburan Islam terbaik dunia

KUALA TERENGGANU 8 Feb. – Karya artis Malaysia mampu menjadi model yang terbaik terhadap dunia Islam menerusi aspek seni lagu dan perfileman.

Perkara tersebut diyakini mampu dicapai berikutan kebanyakan karya seni negara menumpukan terhadap nilai-nilai kemanusiaan yang positif dan Islamik sekali gus mampu mempengaruhi penonton untuk mengamalkan nilai tersebut.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Institut Oseanografi dan Alam Sekitar (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohd Fadzil Akhir berkata, Malaysia perlu mengetengahkan karya Islamik sendiri yang mampu menjadi peranan penting dalam menerapkan nilai Islam dalam kalangan masyarakat seterusnya dunia.

“Kita mempunyai banyak kelopongan dalam menjadi model terbaik dunia Islam dan salah satunya adalah dari aspek kesenian termasuklah lagu dan perfileman.

“Saya percaya industri muzik di negara kita bergerak dengan cepat dan para artis masa kini juga bijak dalam menghasilkan karya yang penuh nilai islamik dan kemanusiaan. Jadi, saya yakin, jika kelopongan ini berjaya diisi, kita mampu menjadi model terbaik dunia Islam kelak,” katanya ketika ditemui selepas menjadi panel pada Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara (MPN) dengan tema Transformasi Kesejahteraan Ummah: Malaysia Model Terbaik? di Dewan Perdana, Universiti Zainal Abidin (Unisza) di sini hari ini.

Majlis Advokasi Ilmuwan MPN itu diadakan kali kedua dan merupakan anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Utusan Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *