Home » Langit Terbuka » Malaysia perangi keganasan guna pendekatan sederhana

Malaysia perangi keganasan guna pendekatan sederhana

Dr Muhammad Abdul Kareem Al-Issa . Foto : https://www.arabnews.com

PUTRAJAYA 6 Jan.  – Setiausaha Agung Rabitah Al-Alami Al-Islami (Liga Dunia Islam), Dr Muhammad Abdul Kareem Al-Issa menzahirkan rasa kagumnya dengan usaha Malaysia dalam memerangi keganasan.

Beliau berkata, Malaysia sememangnya satu contoh yang jelas kepada dunia Islam, terutama menerusi pendekatannya yang sederhana dalam menjamin keamanan dan kemakmuran negara ini.

“Malaysia dan Liga Dunia Islam bekerjasama dengan cara serupa dan pada tahap yang sama bagi menghapuskan keganasan dan memastikan kita dapat hidup dalam suasana damai dan harmoni,” katanya pada sidang berita selepas majlis penutupan Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018 di sini, hari ini.

Wacana berprofil tinggi mengenai isu keselamatan antarabangsa itu, yang bertemakan ‘Kebijaksanaan dan Kesederhanaan dalam Membanteras Keganasan’, dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Rabitah Al-Alami Al-Islami, sebuah organisasi bukan kerajaan di Arab Saudi.

Lebih 1,000 peserta dari 14 negara termasuk negara bukan Islam menyertai dialog dua hari itu yang bermula semalam. – Bernama

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *