Home » Langit Terbuka » Malaysia Terus Sokong Palestin Tubuh Negara Bebas

Malaysia Terus Sokong Palestin Tubuh Negara Bebas

sumber: www.aljazeera.com

SANDAKAN, 18 Jan – Malaysia sentiasa memberi sokongan padu kepada perjuangan Palestin dalam menubuhkan sebuah negara yang bebas, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata Malaysia merupakan antara 127 negara yang mengundi resolusi untuk memanggil Amerika Syarikat menarik balik pengiktirafannya ke atas Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel pada Sesi Khas Tergempar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang diadakan pada 21 Dis 2017.

Beliau berkata seperti negara lain yang mengundi untuk resolusi itu, Malaysia amat prihatin terhadap pengumuman pentadbiran Presiden Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

“Keputusan yang terburu-buru bukan sahaja mengakibatkan kesan yang buruk kepada keselamatan dan kestabilan rantau ini tetapi juga melanggar hak rakyat Palestin, termasuk hak mereka untuk menentukan nasib sendiri.

“Oleh itu, Malaysia mengulangi bahawa status akhir Baitulmuqaddis boleh dan mesti diselesaikan melalui penyelesaian yang baik seperti rundingan secara adil, sejajar dengan semangat Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya pada Persidangan Kesatuan Parlimen Negara Islam (PUIC) ke-13 dan mesyuarat berkaitan di Tehran, Iran pada Rabu. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *