Home » Uncategorized » Malaysia teruskan bantuan untuk rakyat Palestin

Malaysia teruskan bantuan untuk rakyat Palestin

Timbalan Menteri Luar berkata kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu itu terutama ketika umat Islam di Palestin sedang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan. - Foto Mehrnews.com

GEORGE TOWN – Malaysia akan meneruskan bantuan dan sumbangan untuk umat Islam di Palestin yang terjejas dalam serangan rejim Zionis Israel di Gaza sejak awal bulan ini.

Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata awal tahun ini Kerajaan Malaysia telah menghantar bantuan peralatan perubatan bernilai RM1.5 juta ke hospital-hospital di Gaza.

“Kita memang selalu bagi bantuan melalui pertubuhan bukan kerajaan dan melalui tabung kemanusiaan. Kita akan berhubung dengan Kedutaan Palestin di Malaysia dan sekiranya perlu sumbangan, insya-Allah kita akan salurkan kepada mereka.

Bantuan peralatan perubatan adalah satu daripada sumbangan terbesar kita. Kita juga cuba untuk memberi bantuan dari segi peralatan kepada sekolah-sekolah di sana, ini yang sedang kita giatkan,” katanya kepada pemberita di sini.

Marzuki berkata kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu itu terutama ketika umat Islam di Palestin sedang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan.

“Memang kita mengecam sama sekali serangan tersebut terutama di dalam bulan Ramadan tetapi Israel menggiatkan usaha mereka untuk menghancurkan Palestin.

Ini adalah satu daripada usaha yang mana kita rakyat Malaysia akan berdiri teguh di belakang Palestin mengecam sekejam-kejamnya perkara yang dilakukan Israel (ke atas Palestin),” katanya – Bernama

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *