Jelas Perdana Menteri lagi, di mana-mana juga di luar negara terdapat orang Islam yang pandang tinggi Malaysia sebagai negara Islam dan mereka menyatakan keinginan untuk melihat negara mereka menjadi seperti Malaysia.

“Orang Islam di negara-negara ini sering kagum dengan Islam di Malaysia. Mereka tidak mendakwa bahawa Islam tidak didaulat di Malaysia, yang menuduh hanya orang Islam di Malaysia sahaja.

“Sesungguhnya tuduhan yang dilempar terhadap kerajaan bukan kerana tidak mendaulat Islam, tetapi semata-mata kerana politik. Dalam usaha ini agama Islam yang suci menjadi buruk kerana kepentingan bukan agama,” katanya menerusi hantaran bertajuk “Mendaulatkan Islam” menerusi blog miliknya, chedet.cc. – Utusan Malaysia